fb fb fb fb fb

Rakyat bimbang peningkatan kes COVID-19, pelancongan di Melaka terjejas

 

AYER KEROH, 25 Februari - Satu mekanisme terbaik diperlukan bagi mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Exco Pelancongan Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, peningkatan kes jangkitan turut memberi kesan kepada sektor pelancongan di Melaka.

Jika berterusan beliau bimbang ia akan merencatkan sektor ekonomi negeri itu, sekali gus memberi kesan kepada pendapatan penggiat industri itu yang telahpun hampir dua tahun terjejas sebelum ini.

"Pada masa sama ia akan memberi kesan dari segi sudut ekonomi. Apabila orang (pelancong) tidak datang ke Melaka dalam dua minggu ini kita lihat ia memberi sedikit kesanlah," kata Jailani dalam sidang media sempena pementasan Teater Muzikal Ali Baba di sini.

Mengambil maklum dengan kebimbangan orang ramai itu, pihaknya sentiasa memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dilaksanakan di semua premis pelancongan.

 

Media Baharu