fb fb fb fb fb

Isu pengislaman tiga beradik, sidang meja bulat diadakan untuk cari penyelesaian - Idris Ahmad

TAIPING, 25 Februari - Satu perbincangan meja bulat akan diadakan berhubung isu kontroversi membabitkan Loh Siew Hong dan tiga kanak-kanak yang memeluk Islam, minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata beberapa individu akan dipanggil menyertai pertemuan tersebut antaranya pakar undang-undang, ahli akademik dan mufti.

Pertemuan itu bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.

"Hari Rabu malam Khamis nanti kita akan buat meja bulat, panggil pakar undang-undang, pensyarah dan beberapa orang mufti untuk kita bincang dan cari penyelesaian," beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada calon SPM dan STAM 2021 Simpang, di sini.

Isu pengislaman tiga beradik yang merupakan anak Siew Hong sebelum ini menarik perhatian banyak pihak selepas perkara tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong selepas membenarkan permohonan Habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

Media Baharu