fb fb fb fb fb

KKMM bentang memorandum 5G kepada Jemaah Menteri, 4 Mac ini

JOHOR BAHRU, 25 Februari - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dijangka membentangkan memorandum 5G kepada Jemaah Menteri pada 4 Mac ini.

Memorandum tersebut telah diedarkan kepada semua kementerian terlibat dan tempoh dua minggu diberikan untuk maklum balas.

Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa berkata, teknologi 5G memainkan peranan penting, kerana ia merupakan salah satu keperluan bagi menarik pelabur-pelabur luar ke dalam negara pada masa akan datang.

Usaha mendirikan prasarana tersebut perlu disegerakan bagi mengelakkan negara kehilangan pelabur.

"Jadi kita telah mengadakan libat urus dan kita dah kutip maklumat, termasuk daripada ahli-ahli parlimen, pembangkang dan kerajaan.

"Kita dah adakan libat urus dengan telco, banyak kali, kita juga dah adakan libat urus dengan DNB (Digital Nasional Berhad) sendiri," kata Annuar ketika ditemui media di Johor Bahru.

Penggunaan 5G penting untuk industri-industri yang mengaplikasi teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Media Baharu