fb fb fb fb fb

RAJD akan segera laksana pembinaan Jambatan Bailey

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Pembinaan Jambatan Bailey akan dilaksana segera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan jambatan roboh yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang roboh dalam tragedi banjir di Baling Isnin lepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan menerusi media sosialnya memaklumkan, pembinaan segera jambatan itu dibuat susulan permohonan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau telah mengarahkan Rejimen Askar Jurutera DiRaja, (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan.

(Foto fail)

Katanya lagi, RAJD telah mula membuat tinjauan di lokasi pagi tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilaksana secepat mungkin.

Media Baharu