fb fb fb fb fb

Media sosial platform terbaik dekati rakyat

PUTRAJAYA, 6 Julai- Setiap kementerian digesa mempelbagaikan lagi pendekatan dalam mendengar keluh kesah rakyat termasuklah melalui penggunaan media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penggunaan media sosial merupakan platform terbaik bagi mendekati rakyat.

"Jadi biasanya permasalahan rakyat di bawah itu lebih cepat dilaporkan oleh netizen ataupun keluhan-keluhan rakyat keluar daripada akaun-akaun sosial media mereka. Jadi kita tidak boleh membiarkan begitu sahaja," katanya.

"Kita kena sentiasa melihat apa yang berlaku dalam ruangan media sosial dan tidak salah untuk kita mengambil tindakan secara proaktif setelah kita mendengar keluhan rakyat walaupun datang dalam bentuk media sosial," tambah beliau.

"Jadi media sosial sudah perlu menjadi satu daripada medan yang kerajaan berikan perhatian utama," kata Annuar dalam sidang media Sesi Libat Urus Komunikasi Strategik YB MenKOMM bersama Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di sini.

(Tan Sri Annuar Musa pada Sesi MenKOMM bersama Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia/BERNAMA)

Media Baharu