fb fb fb fb fb

PM bertemu sembilan GLC dan firma swasta Turkiye

ISTANBUL, 6 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu wakil daripada sembilan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma swasta Turkiye, di Istanbul.

Dua memorandum persefahaman (MOU) turut dimeterai.

Pertemuan membabitkan Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turki (TUBITAK), Dana Kekayaan Turki (TWF), EMS MOBIL, GAMA Enerji A.S (GEAS) dan OYAK yang merupakan dana pencen pekerjaan pertama dan terbesar Turkiye.


(Dua memorandum persefahaman (MOU) turut dimeterai)

Beberapa syarikat Malaysia turut menghadiri sesi tersebut, termasuk Khazanah Nasional Bhd, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Boustead Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Salah satu fokus utama perbincangan adalah mengenai bekalan makanan yang melibatkan Boustead Holdings dan OYAK.

Selain mengukuhkan hubungan dua hala dengan Turkiye, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengambil peluang untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara itu, serta mendapatkan sumber bahan makanan seperti tepung gandum.

Datuk Seri Ismail Sabri berada di republik berkenaan atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Media Baharu