fb fb fb fb fb

Raja Salman Abdulaziz sumbang 46,000 naskhah al-Quran dan 57 tan kurma

KUALA LUMPUR, 4 April - Sebanyak 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu disumbang Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz kepada masjid dan PertubuhanK Bukan Kerajaan (NGO) negara ini.

Turut disumbangkan 57 tan kurma kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Ramadan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam muat naik di facebbok.

Menurut beliau hadiah terjemahan Al-Quran kedalam Bahasa Melayu merupakan tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi.

(57 tan kurma kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Ramadan/FOTO BERNAMA)

Ia juga sangat bermakna terutama ketika Malaysia berhasrat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.

Beliau berharap ikatan diplomasi antara dua negara yang terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan.

Dalam catatan itu, Ismail memaklumkan turut menerima al-Quran dan kurma pemberian Raja Salman yang disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

Media Baharu