Alor Setar 4 Februari- Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Program “Back To School” anjuran PUSPANITA negeri Kedah hari ini.
Sumbangan berupa pakaian seragam dan kelengkapan persekolahan dikurniakan kepada 103 anak-anak ahli Puspanita cawangan negeri Kedah.
Che Puan Muda Zaheeda turut berkenan menyempurnakan kurniaan sumbangan sama kepada 12 Pengerusi Cawangan Daerah Puspanita Negeri Kedah.
Pada majlis tersebut Raja Puan Muda turut meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto dengan hadirin yang hadir sebelum berangkat pulang.
Turut hadir, Penaung PUSPANITA Negeri Kedah Datin Seri Norhasni Ishak.