fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong ucap selamat jalan kepada jemaah haji

(Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan titah ucapan pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah Musim Haji 1443H/2022M di Kompleks Haji Sepang (Movenpick)/BERNAMA)

SEPANG, 20 Jun- Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat hadir mengucapkan selamat jalan kepada 291 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) hari ini.

Baginda tiba pada pukul 10 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Tunku Azizah yang menyampaikan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah dan menyeru semua bakal haji agar bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah SWT setelah dua tahun jemaah negara ini tidak dapat pergi mengerjakan haji akibat wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut meminta jemaah haji Malaysia agar sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej dan nama baik negara.

"Pada musim haji kali ini seramai satu juta umat Islam dari pelbagai negara akan berkumpul di tanah suci. Sudah pasti perhimpunan besar ini sangat mencabar. Justeru, ia menuntut umat islam agar bersabar, bertolenrasi dan berkasih syang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam ataupun budaya," titah Seri Paduka.

(Seramai 291 jemaah hajiĀ  dijadualkan berlepas dengan penerbangan
Saudia Airlines (SV 5633) ke Jeddah)

Seramai 135 jemaah lelaki dan 156 jemaah perempuan dijadualkan berlepas dengan penerbangan Saudia Airlines (SV 5633) ke Jeddah pada pukul 4.45 petang ini dan dijangka tiba pada pukul 8.10 malam (waktu Arab Saudi).

Penerbangan bagi Musim Haji 1443H ini merangkumi 48 penerbangan yang bermula pada Khamis, 4 Jun 2022 dan penerbangan akhir dijadualkan pada Ahad, 2 Julai 2022.

Media Baharu