fb fb fb fb fb

142 bakal jemaah haji Johor berlepas ke Makkah malam ini

JOHOR BAHRU, 19 Jun- Seramai 142 bakal jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama dari Johor dijadualkan berlepas ke Tanah Suci, Mekah lewat malam ini.

Mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum ke Jeddah, pada 1.45 pagi.

Pengarah Tabung Haji Negeri Johor, Abu Shukor Jangga berkata, sebanyak empat slot diperuntukkan bagi jemaah haji pada kali ini yang melibatkan keseluruhan 570 jemaah.

Manakala, tiga lagi penerbangan dijadualkan berlepas pada 20 hingga 22 Jun ini.


(Pengarah Tabung Haji Negeri Johor, Abu Shukor Jangga)

"Jemaah haji ini kalau boleh sehari atau dua hari sebelum terbang, rehat secukupnya, kalau hari ini hendak bertolak, semalam buat kenduri, orang datang bersembang, hendak tunggu daftar masuk juga kepenatan", katanya.

Beliau berkata, setakat ini, seorang individu positif COVID-19 dan pihaknya akan menjadualkan semula penerbangan individu terlibat.

Sementara itu, jemaah haji berterima kasih kepada pengurusan Tabung Haji selepas menanti selama dua tahun.

Tabung Haji dapat mengendalikan operasi dengan baik dan memudahkan pergerakan jemaah, meskipun dalam tempoh masa yang singkat.

Bagi bakal jemaah haji, Jamilah Samion, beliau sangat gembira dipilih menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya gembiralah sebab setelah tiga kali, dua kali tolak, kali ini saya dapat peluang,alhamdulillah. Dulu emak saya tiada orang jaga, kita ada anak macam-macam, anak berkahwin kita tolak. Kali ini, tiada masalah, alhamdulillah

Menurut Saliza Roslan pula, beliau telah bersedia sejak dua tahun lalu dan telah membuat rayuan sebelum terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Memang saya dah bersedia dari tahun 2020 sebabnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian pada 2021 pun sama, menunggu tetapi saya tidak berputus asa.

"Saya buat rayuan. Pada tahun 2022 dibuka lagi, saya terus buat rayuan dan alhamdulillah", kata Saliza Roslan ketika bercakap kepada media.

Sementara itu, Ahmad Shukri Jamadi melahirkan rasa gembira dan kesyukuran serta berterima kasih kepada pihak Tabung Haji kerana dipilih menunaikan haji tahun ini.

Media Baharu