fb fb fb fb fb

Dermasiswa B40 TVET, galak pelajar B40 pilih bidang TVET

SHAH ALAM, 20 Jun- Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET, khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi, tahun ini.

Pengambilan pertama melibatkan seramai 1,000 orang pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan galakan kepada pelajar untuk memilih bidang TVET.

"Program ini dijangka melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.


(Datuk Seri ismail Sabri Yaakob (kanan) ketika melancarkan Buku Penjenamaan Pendidikan TVET pada Majlis Perasmian Minggu TVET Negara (MTN)/BERNAMA)

"Saya yakin program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkt lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET, insya-Allah," kata Ismail Sabri semasa merasmikan Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Beliau juga mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara.

Media Baharu