
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye untuk lawatan khas pada hari ini.
- Seri Paduka Baginda diiringi Paduka Anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
- Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9.00 pagi.
- Seri Paduka Baginda menghadiri Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia di Istanbul Shipyard.
- Maklumat disiarkan melalui perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut diiringi Paduka Anakanda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9.00 pagi.
Pada lawatan ini, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.