fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan sampaikan Geran Belia Juara

SERDANG, 27 Julai- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyempurnakan syarahan Distinguish Lecture Series on Youth Well-Being dan Pelancaran Program Belia Juara di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program dianjur Institut Pengajian Sains Sosial UPM dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Sesi syarahan bersama Raja Muda Selangor itu julung kali diadakan. Baginda komited memperkasa pembangunan belia selaku ejen perubahan.


(Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah)

Syarahan mengetengahkan pengalaman dan sumbangan baginda menerusi pembabitan sebagai Penaung Eksekutif di SAY.

Dalam majlis sama, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan Geran Belia Juara kepada persatuan pelajar UPM.

Permohonan geran terbuka kepada semua individu atau organisasi belia seluruh negara dan ASEAN.

Media Baharu