fb fb fb fb fb

MARDI berperanan penting mentransformasi, memodenkan sektor pertanian di Perlis

ARAU, 26 Julai- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) yang telah beroperasi sejak 40 tahun lalu berperanan penting untuk terus mentransformasi dan memodenkan sektor pertanian dan industri makanan negara termasuk di Perlis. 

Selain itu, MARDI turut berperanan memindahkan maklumat teknikal dan inovasi yang dijana bagi pembangunan petani dan usahawan agromakanan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menerusi penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan, pelbagai tanaman baharu dihasilkan termasuklah Jagung Bijirin, Jagung Manis dan Varieti Padi Baharu bagi peningkatan kualiti makanan negara.

Justeru itu, dalam melaksanakan kajian baharu dalam pertanian, MARDI perlu menjalinkan kolaborasi strategik dengan pusat penyelidikan terutamanya Instituti Pendidikan Tinggi atau MOSTI berikutan kos penghasilan sesuatu baka dan benih baharu mencecah RM1 juta dan mengambil masa yang lama.


(Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

"Jika ada tumpuan dan kerjasama yang erat antara institut penyelidikan ini, kita akan dapat menumpukan penyelidikan-penyelidikan, dapat menjimatkan masa, menjimatkan tenaga, menjimatkan perbelanjaan yang harus diguna pakai untuk menemukan satu-satu varieti.

"Di negara luar, kajian-kajian seumpama ini kolaborasi dengan institut penyelidikan merupakan satu perkara biasa dan sebab itu di negara kita harus guna pakai institusi penyelidikan untuk yang ada di negara kita untuk temukan kajian yang lebih terperinci dan tentu sekali pakar-pakar dalam pelbagai institut ini boleh menyumbang kepada ke arah kerjasama yang erat," kata Dr Ronald kepada media pada Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis-Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin di MARDI Perlis, Tambun Tulang oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Penubuhan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin (YTSS).

Media Baharu