fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis "Luna New Year Parade"

Foto FB Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 13 Februari- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke Majlis “Luna New Year Parade” di Kafe Diem Terrace, Pekan Cina, Alor Setar, Kedah, malam tadi.
 
Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
 
Berangkat sama, dua anakanda baginda, Tunku Sulaiman Badlishah dan Tunku Zara Bahiyah.
 
Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Muda Zaheeda turut perkenan menyaksikan tarian singa dan seterusnya menyalakan mercun sempena kemuncak sambutan “Luna New Year Parade”.
 
Baginda berdua turut berkenan mengurniakan angpau kepada rakyat jelata yang hadir.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM