fb fb fb fb fb

Radio KedahFM laksana transformasi 1 Mac ini, salur maklumat tepat dan sahih kepada rakyat

KUALA KETIL, 24 Februari - Radio KedahFM melaksanakan transformasi programnya melalui penjenamaan semula empat segmen baharu bermula 1 Mac ini.

Pengenalan segmen tersebut dilancarkan hari ini sebagai signifikan sambutan Hari Radio Sedunia peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAM) di sini.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Kedah, Rohani Musa.

Hadir bersama, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri UNISHAM, Mohd Zaini Ramli.

Menurut Mohd Zaini, peranan radio sentiasa relevan dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai usaha membantu pendengar mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat terutama dalam situasi negara ketika ini yang berdepan dengan pandemik COVID-19 .

"Peranan radio ni radio tak kurang sikit pun ia sangat -sangat relevan. Walau pandemik, kita kena mematuhi SOP terutama sekali penjarakan sosial. Boleh dengar dimana sahaja sekalipun dalam apa jua keadaan tanpa had, sangat-sangat relevan dan sesuai di era pandemik," kata Zaini kepada pemberita.

(Antara pengisian program bersama juruhebah KedahFM)

Terdahulu, lebih 50 pelajar dan kakitangan universiti tersebut bersama warga kerja KedahFM hadir memeriahkan sambutan hari radio sedunia yang bertemakan " New World New Radio, New Evolution Innovation Connection" dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Pengisian program yang bermula 10 pagi hingga 1 petang itu antaranya bengkel komunikasi visual melalui kartun dan komik bersama ustaz kartun dan persembahan juruhebah KedahFM dan artis jemputan, kumpulan nasyid Simfoni, kumpulan Mr R Busker serta bersiaran langsung di konti Kedahfm .

Sambutan Hari Radio Sedunia diadakan 13 Februari setiap tahun.

Media Baharu