fb fb fb fb fb

PUVET perkasa usahawan veteran melalui latihan digital

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari/BERNAMA

ALOR GAJAH, 12 Julai- Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) memperkenal latihan perniagaan digital kepada usahawan veteran.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata latihan tersebut akan mula dilaksanakan di Kelantan dalam masa terdekat.

Jelasnya, inisiatif itu adalah kerjasama Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta beberapa agensi lain.

"Pemerkasaan usahawan dalam kalangan veteran sememangnya telah kita laksanakan, dan kita juga mempunyai satu program khusus di bawah Kementerian Pertahanan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Melalui program ini, para veteran akan dilatih dalam bidang perniagaan digital.

Pelaksanaan inisiatif 'Beg Kuning' akan dimulakan di Kelantan, di mana kita akan mengenal pasti golongan veteran yang berpotensi dan memberikan mereka latihan sewajarnya supaya mereka boleh berniaga secara dalam talian," kata Adly kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas program Program Peduli Veteran MADANI (PVM), di sini.

Tambahnya, rata-rata veteran memilih untuk menjadi usahawan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Justeru, PUVET turut menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu memperkasa perniagaan mereka.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM