fb fb fb fb fb

PM nafi bersiar-siar di Brazil

Perdana Menteri menegaskan setiap lawatan rasmi adalah untuk membawa pulangan ekonomi kepada negara - Foto FB Kementerian Kerja Raya

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lawatannya ke luar negara termasuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 baru-baru ini, sekadar untuk "bersiar-siar", sebaliknya sebagai usaha penting menjalinkan kerjasama ekonomi global.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, setiap lawatan rasmi yang dilakukan adalah untuk membawa pulangan ekonomi kepada negara, bukan sekadar untuk bersiar-siar seperti yang diperkatakan banyak pihak.

1207 NSL PM NAFI BERSIAR SIAR DI BRICS 3Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lawatannya sekadar untuk bersiar-siar seperti diperkatakan banyak pihak - Foto FB Kementerian Kerja Raya

"Kita bukan pergi hanya untuk bersiar-siar. Dalam mesyuarat dan perjumpaan, kita guna peluang dan ruang untuk menemui (pemimpin dan pihak berkepentingan bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama strategik antara Malaysia dan Brazil telah memberi manfaat besar kepada Malaysia, ini termasuk Petronas diberi akses kepada pelantar minyak terbesar di negara itu.

Sementara itu, beliau juga mengatakan kedudukan Malaysia semakin dihormati di persada antarabangsa, dengan penyertaan luar biasa negara-negara besar dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58) yang berakhir semalam dan menunjukkan keyakinan terhadap kestabilan serta potensi ekonomi negara.

Datuk Seri Anwar berkata, selain negara anggota dan Timor Leste, kehadiran rakan dialog dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, United Kingdom, Jepun serta Turkiye membuktikan sambutan yang amat luar biasa terhadap platform itu.

Menurutnya, ini kerana mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara aman, bersatu dan berpotensi besar untuk kerjasama perdagangan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK