fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Brunei berkenan berkunjung ke Pameran Raja Kita

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berkunjung ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada acara yang dijadualkan dalam lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei ke Malaysia bermula 17 Ogos lepas hingga Rabu ini.

Putera Mahkota Brunei dan keluarga tiba kira-kira pada pukul 10.15 pagi tadi kemudian meluangkan masa selama 50 minit di ruang pameran yang mempamerkan koleksi dan sejarah Institusi Diraja.

Baginda dan keluarga turut diberi penerangan setiap koleksi yang dipamerkan daripada Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dan Kurator Muzium Diraja Abu Bakar Johor, Mohd Azlan Hafiz Mohti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM