fb fb fb fb fb

PUSPANITA KKMM sumbang bantuan pendidikan lebih RM30,000

(Mastura Ahmad Mustafa (tengah) menyampaikan bantuan persekolahan kepada wakil BERNAMA, Rosne Hanapiah (kanan) di sini, hari ini/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 14 Mac - Lebih RM30,000 bantuan pendidikan disalurkan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi keperluan 316 pelajar yang memerlukan.


Timbalan Pengerusi Puspanita KKMM, Mastura Ahmad Mustafa berkata, bantuan itu disampaikan kepada 185 warga Puspanita.

(Mastura Ahmad Mustafa ditemu bual media pada Majlis Penyampaian Bantuan Back To School di sini hari ini)

Timbalan Pengerusi Puspanita KKMM, Mastura Ahmad Mustafa berkata, bantuan itu disampaikan kepada 185 warga Puspanita.

"Ia adalah cetusan idea daripada penaung kita sendiri isteri kepada YB Menteri dan juga Datin Seri isteri kepada Datuk Seri KSU. Jadi kita merasakan bahawa bila kita hendak buka balik sekolah ni kita masih lagi dalam suasana di mana kebanyakan masyarakat masih lagi menghadapi kesan COVID-19. Lepas tu pula banjir dan beberapa bencana yang berlaku berturut-turut. Saya rasa kita perlulah ambil berat dan bagi keselesaan sikit la kepada warga KKMM dalam menghadapi anak-anak yang nak masuk balik sekolah," kata Mastura dalam sidang media majlis penyampaian bantuan Kembali ke Sekolah di Putrajaya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKMM berkata sumbangan berkenaan disasarkan kepada keseluruhan warga Puspanita KKMM Gred 22 ke bawah, ibu tunggal dan warga jabatan/agensi bawah KKMM yang memerlukan.

 

Media Baharu