
KANGAR, 22 Julai – Sebuah Pusat Penyelidikan Asnaf Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan diwujudkan di Perlis sebagai inisiatif dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan berkaitan pembangunan asnaf.
- Pusat Penyelidikan Asnaf FCoEE MAIPs diwujudkan di Perlis untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan pembangunan asnaf.
- Platform strategik merangka penyelesaian berkesan, berimpak tinggi dan berasaskan bukti bagi memperkasa golongan asnaf.
- Pengurusan zakat dan pembangunan asnaf memerlukan pendekatan lebih inovatif serta bersepadu, titah Raja Muda Perlis.
- Penyelidikan berkualiti membantu pihak berkepentingan fahami cabaran asnaf dan merangka dasar, program serta intervensi mampan.
Ia merupakan platform strategik untuk merangka penyelesaian yang lebih berkesan, berimpak tinggi dan berasaskan bukti dalam usaha memperkasa golongan asnaf.
Sehubungan itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan zakat dan pembangunan asnaf pada masa kini, memerlukan pendekatan lebih inovatif dan bersepadu.
“Saya percaya pengurusan zakat dan pembangunan asnaf pada masa ini memerlukan pendekatan yang lebih inovatif serta bersepadu.
“Penyelidikan yang berkualiti dapat membantu semua pihak berkepentingan memahami cabaran sebenar yang dihadapi golongan asnaf, sekali gus merangka dasar, program dan intervensi yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka secara mampan,” katanya.
Demikian titah baginda ketika menyempurnakan Perasmian Pra-Pusat Penyelidikan Asnaf FCoEE MAIPs, Peluncuran Buku dan Penganugerahan Geran Penyelidikan FCoEE MAIPs Fasa 3 Bagi Tahun 2026 di sini.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, diiringi Pengerusi Eksekutif FCoEE Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.