fb fb fb fb fb

Pusat dagangan UMT penuhi keperluan Revolusi Industri 4.0

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim ditemui pemberita selepas menandatangani MoU dan merasmikan UMT-CGS East Coast Trading Centre di UMT, Kuala Nerus / FOTO RTM

KUALA NERUS, 11 Oktober- Inisiatif mempersiap graduan yang lebih kompeten dan berdaya saing dalam bidang kewangan dan pelaburan terus diperhebat.

Terbaharu Universiti Malaysia Terengganu menubuhkan pusat dagangan yang pertama di Pantai Timur.

Penubuhannya hasil kerjasama dengan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd itu bagi memperkukuh pendidikan berkaitan kewangan, pelaburan dan perbankan seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, menerusinya penuntut akan dilatih menggunakan teknologi terkini dalam pasaran kewangan global.

Turut disediakan simulasi perdagangan yang memberi pengalaman dalam menghadapi situasi pasaran modal dalam dunia pekerjaan sebenar.

Pusat dagangan itu bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 mahasiswa di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial institusi itu.

Malah, ia turut dibuka kepada orang awam yang berminat dalam bidang kewangan dan pelaburan tetapi tidak mempunyai ases kepada platform berkenaan.

"Saban tahun UMT menawarkan program fokus kepada pembelajaran ekonomi, pengurusan kewangan dan perakaunan. Memang unjuran kemasukan pelajar melebih 100 orang setiap satu program dan dengan adanya makmal ini dlm tempohtiga hingga lima tahun akan datang dapat hasilkan graduan dengan ilmu pelaburan dan saham bagi menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Beliau sebelum itu menandatangani MoU dan merasmikan UMT-CGS East Coast Trading Centre di UMT, Kuala Nerus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE