fb fb fb fb fb

PBB sahkan laporan jenayah Israel di Gaza

Foto REUTERS

GENEVA, 11 Oktober-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis mengesahkan laporan berhubung terhadap Israel yang sengaja memusnahkan sistem kesihatan di Gaza serta menyiksa tahanan Palestin.

Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Antarabangsa PBB (CoI) menyatakan bahawa Israel telah "melakukan polisi untuk menghancurkan sistem kesihatan Gaza".

Laporan itu juga menyatakan Israel "melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dengan serangan yang kejam dan sengaja terhadap kakitangan perubatan serta kemudahan kesihatan.

Bagaimanapun, Israel menolak laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal menurut satu kenyataan daripada wakilnya di sini.

"Ini adalah satu lagi cubaan terang-terangan oleh CoI untuk menafikan kewujudan Negara Israel dan menghalang haknya untuk melindungi rakyatnya, sambil menutup jenayah yang dilakukan oleh organisasi pengganas," kata kenyataan itu.

Israel turut menolak laporan berkenaan yang mengaitkan penderaan terhadap tahanan Palestin secara meluas dan sistematik yang dikatakan sama dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Suruhanjaya tiga anggota itu, yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Mei 2021 untuk menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa di Israel dan wilayah Palestin, telah mengeluarkan laporan keduanya sejak serangan pada 7 Oktober tahun lalu, yang mencetuskan perang berterusan.

Israel menceroboh Gaza pada 7 Oktober tahun lalu yang mengorbankan lebih daripada 42,000 orang di Gaza, menurut angka daripada kementerian kesihatan wilayah yang dikuasai Hamas, yang disahkan oleh PBB.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD