fb fb fb fb fb

Punca kebakaran gudang kilang kitar semula di Sungai Petani, pemanasan rintangan

SUNGAI PETANI, 18 Januari - Kebakaran dua unit gudang kilang kitar semula di kawasan perindustrian Taman Ria Jaya, di sini semalam berpunca daripada kemalangan yang dipercayai akibat pemanasan rintangan sehingga mencetuskan sumber api.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Bomba 1 Amran Jusoh dalam kenyataan memaklumkan kebakaran dipercayai bermula di blok D yang menyimpan plastik kitar semula.

"95 peratus plastik kitar semula seberat 200 tan di blok D terbakar. Manakala api yang merebak ke sebuah gudang lagi di blok C, 5 peratus terbakar. Gudang terbabit menyimpan 700 tan kertas kitar semula," kata Amran di sini.

Berdasarkan keterangan saksi katanya, api kecil mula dilihat di bahagian belakang bangunan.

Kejadian itu disedari sekitar pukul 4.30 pagi selepas saksi melakukan rondaan pada pukul 4.00 pagi.


(Kejadian kebakaran dua unit gudang kilang kitar semula

di kawasan perindustrian Taman Ria Jaya semalam)

Siasatan awal kebakaran bermula semalam dan diteruskan hari ini dengan mengunakan unit anjing pengesan (K9)

Dalam kejadian yang dilaporkan menerusi pusat panggilan MERS 999 pada pukul 5.18 pagi itu, seramai tiga anggota bomba mengalami cedera ringan dan salah seorang daripadanya cedera di kaki akibat ditimpa timbunan kertas ketika melakukan kerja-kerja pemadaman.

Media Baharu