fb fb fb fb fb

Pulau Pinang perhebat kempen 3R, sasar kurangkan sisa makanan

Pelancaran Program Amalan Reduce, Reuse dan Recycle (3R), Anugerah Makan Sihat, Makan Sampai Habis dan Pengkomposan Bagi Sekolah-Sekolah di Seberang Perai./ RTM

SEBERANG JAYA, 8 Oktober - Sebanyak 45 peratus sisa pepejal yang dibuang di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung terdiri daripada sisa makanan dan bahan organik, yang boleh dikurangkan melalui amalan pengkomposan.

Bagi menangani isu itu, kerajaan negeri giat melaksanakan Kempen 3R - "Reduce, Reuse, Recycle", untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan gaya hidup lestari.

“Untuk makluman, di negeri Pulau Pinang sebanyak 45 peratus sampah yang dihantar ke tapak pelupusan terdiri daripada sisa makanan atau bahan organik.

“Bahan-bahan ini sebenarnya boleh dikurangkan lagi sekiranya pengkomposan dijalankan bagi menghasilkan baja untuk diguna semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Amalan Reduce, Reuse dan Recycle (3R), Anugerah Makan Sihat, Makan Sampai Habis dan Pengkomposan Bagi Sekolah-Sekolah di Seberang Perai 2024–2025.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Hayat tapak pelupusan sampah yang semakin singkat memerlukan pendekatan lebih mampan.

Justeru, masyarakat diseru untuk bersama-sama mengurangkan sisa serta memperkukuh usaha kelestarian alam sekitar.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI