fb fb fb fb fb

Pukul pemandu, lelaki ditahan polis

Lelaki didakwa mengasari pemandu jalan raya di Kulai telah ditahan

KULAI, 12 Jun-Seorang lelaki ditahan Polis selepas mengasari pemandu kenderaan lain di Jalan Persiaran Utama, Kulai, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, hasil siasatan mendapati van dipandu mangsa, seorang lelaki berumur 34 tahun dihalang kereta suspek berusia 33 tahun, lalu memukul muka mangsa, hingga menyebabkan kecederaan di bahagian bibir dan pipi.

Punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham apabila mangsa keluar dari simpang Taman Gunung Pulai, dan hampir bertembung dengan kereta dipandu suspek.

Siasatan turut mendapati suspek bukan anak kepada anggota Polis seperti yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD