fb fb fb fb fb

Selangor umum BKK 3 bulan gaji untuk penjawat awam negeri

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari/BERNAMA

SHAH ALAM, 14 November- Selangor terus memperkukuh kebajikan penjawat awam apabila mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan tiga bulan gaji untuk semua kakitangan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu bertujuan memberi dorongan kepada kakitangan negeri dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap dan efisien.

Jelas beliau, BKK itu juga turut diberikan kepada pemimpin masyarakat dan sukarelawan negeri sebagai penghargaan terhadap khidmat mereka.

"Jumlah keseluruhan Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah untuk tempoh tiga bulan. Sebanyak satu setengah bulan (1.5 bulan) telah diterima, dibayar pada bulan Februari 2025 dan sebelum Aidilfitri.

Baki satu setengah bulan (1.5 bulan) lagi akan diterima pada akhir tahun ini, serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember oleh Kerajaan Negeri Selangor. Perincian lanjut akan saya sampaikan kemudian," kata Datuk Seri Amirudin kepada pemberita, hari ini.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2026, di sini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM