GUANGZHOU, 14 November -Seramai 17 delegasi dari Malaysia, termasuk wakil media, doktor dan pihak perubatan pelancongan, menyertai lawatan empat hari ke Modern Cancer Hospital di Guangzhou, China.
Lawatan tersebut memberi pendedahan tentang teknologi terkini dalam rawatan kanser, yang menggabungkan perubatan Barat moden, rawatan invasif minimum, terapi sokongan, dan perubatan tradisional Cina.
Antara teknologi canggih yang digunakan ialah ablasi suhu, terapi panduan imej beresolusi tinggi, imunoterapi, serta pemantauan robotik untuk mensasarkan tumor dengan tepat tanpa pembedahan besar.
Delegasi turut dibawa menyaksikan pembedahan kecil serta meninjau pelbagai fasiliti yang disediakan di hospital berkenaan.
Turut hadir ialah konsul Jeneral Malaysia Guangzhou Cornelia Chin Siew Ling dan Pengarah Modern Cancer Hospital Guangzhou Wang Huai Zhong.