
TANGKAK, 1 April -Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mandi bersama dua rakannya di Air Terjun Gunung Ledang, di sini, petang tadi.
- Mangsa Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang; mangsa ditemukan orang awam sebelum anggota bomba tiba.
- Bomba menjalankan pemantauan di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
- Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.28 petang; Ketua Polis Daerah Tangkak mengesahkan kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak,Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Fazlan Maraman, berkata, mangsa Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
“Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.27 petang. Mangsa ditemukan orang awam sebelum ketibaan anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Fazlan berkata pihaknya menjalankan pemantauan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.28 petang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.