fb fb fb fb fb

165 individu terima pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat sempena Ulang tahun Keputeraan Selangor/ Foto RTM

SHAH ALAM, 12 Jun-Seramai 165 individu  menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-78.

Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mewakili Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Jubli Perak di sini.

Mendahului penerima pingat adalah  Mohd Zubir b Muhamad Shari yang dikurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor(PKS)

Dalam istiadat itu juga seramai 13 individu dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) (40), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (101) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) (10) penerima.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD