PM sambut baik peranan aktif Presiden Trump tangani isu Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR, 15 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik peranan aktif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam usaha membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkaitan isu sempadan kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anwar menghargai peranan aktif Presiden Trump dalam isu sempadan Thailand-Kemboja.
  • Anwar mengadakan perbincangan telefon dengan Trump mengenai perkembangan terkini konflik sempadan.
  • Thailand dan Kemboja memilih dialog dan diplomasi sebagai jalan penyelesaian isu sempadan.
  • Kedua-dua negara mengundurkan ketumbukan tentera sesuai Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
  • Anwar mengalu-alukan usaha Trump menghubungi kedua pemimpin untuk memastikan kestabilan serantau.

Datuk Seri Anwar memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkembangan terkini isu berkenaan bersama Presiden Trump menerusi panggilan telefon pada Jumaat

Perdana Menteri turut menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Lantaran itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib, demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” ujarnya.