fb fb fb fb fb

PRU15: SOP dimuktamadkan dalam masa terdekat - Khairy

PETALING JAYA, 28 Oktober- Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perkara itu sedang dalam penelitian bersama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Masih lagi dalam perbincangan, SPR telah meminta maklum balas daripada KKM, ada beberapa perkara yang SPR boleh buat.

"Ada yang susah mereka nak buat, jadi kita akan bagi maklum balas dalam sehari dua ini," katanya.

(Khairy Jamaluddin)

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian 'Commonwealth & 4th Global Wound Conference 2022', di sini hari ini.

Berhubung pelaksanaan vaksinasi kaedah sedutan bagi jenama CanSino, Khairy memaklumkan ia masih di fasa ujian klinikal dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan awal minggu hadapan.

Media Baharu