fb fb fb fb fb

Agong dan Permaisuri selamat tiba di KLIA

(Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah di Kompleks Bunga Raya KLIA)

SEPANG, 28 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air, hari ini selepas mengadakan lawatan negara selama empat hari ke Singapura bermula 25 Oktober lalu.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada kira-kira jam 11.20 pagi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das serta lagu Negaraku.

Turut mengiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu yang diketua Mejar Norazizan Yahya.


(Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah di Kompleks Bunga Raya KLIA)

Media Baharu