fb fb fb fb fb

Festival Seni Insan Istimewa, hargai bakat anak seni OKU

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Bakat anak seni dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) diangkat menerusi Festival Seni Insan Istimewa.

Penganjuran yang julung kali diadakan akan berlangsung pada 30 Oktober ini, bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bakat seni dalam kalangan insan istimewa.

Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez menjelaskan pihak mereka berharap untuk menjadikan festival ini sebagai program tahunan dengan bantuan badan-badan lain pada masa akan datang.

Jelasnya, pelbagai lagi aktiviti lain turut diadakan seperti pertandingan nyanyian melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU), pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan gerai jualan produk.

"Sudah tiba masanya untuk kita sediakan satu program khas kepada mereka sekali gus boleh mengetengahkan bakat dan juga mengambil bahagian dalam festival yang akan memberikan lebih kesedaran kepada masyarakat tentang kebolehan mereka.

Selain itu, kita dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan sempurna dalam masyarakat," kata Freddie ketika ditemu ramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi tadi.

Antara anak seni yang akan menyerikan festival tersebut termasuklah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan ramai lagi.


(Foto Fail)

Media Baharu