fb fb fb fb fb

Simulasi bencana bukti tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa

Foto fail

KEPALA BATAS, 8 Julai -Tahap kesiapsiagaan serta keyakinan pihak berkuasa dalam menghadapi sebarang bencana berada dalam keadaan baik.

Keyakinan tersebut dibuktikan dalam simulasi asap tebal yang memerangkap hampir 30 pelajar praktikal melibatkan anggota polis, bomba dan agensi penguatkuasa.

Demikian menurut Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mohd Hafiz Aswad Nadzri.

"Saya melihat wujudnya hubungan yang baik serta keserasian dalam penyampaian maklumat antara dua pusat kawalan iaitu PKTT dan PKOB. Kami menerima maklumat terkini yang disalurkan secara berterusan daripada PKTT kepada PKOB.

Maklumat tersebut sentiasa dikemas kini dan Alhamdulillah, pihaknya berjaya memperoleh data yang hampir tepat dan sangat membantu dalam pelaksanaan tugas," katanya kepada pemberita selepas Latihan Simulasi Bencana Keruntuhan Bangunan, Binaan & Struktur Khas Negeri Pulau Pinang (Ex-cobra) Tahun 2025 Di Kip Seri Serdang, Kepala Batas.

Jelas beliau, simulasi tersebut mendedahkan peranan, saluran komunikasi dan berita pantas dan padat disalurkan kepada orang awam sekiranya berdepan dengan ancaman sebenar.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dan Rosli Zakaria, Ketua Zon 4 , Pulau Pinang dari Jabatan Penyelamat Bomba.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN