fb fb fb fb fb

PRU15: Pilih secara bijaksana agar dapat bina kerajaan yang stabil

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berucap pada Program Jelajah
Sepakat@Komuniti di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu,
malam tadi/ Foto BERNAMA) 

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Pilihan raya umum bukanlah medan mencuba, sebaliknya setiap keputusan perlu dibuat secara bijaksana.

Malah rakyat akan menerima kesannya apabila negara gagal dibangunkan dengan baik.

Oleh itu sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat mandat amat diperlukan, demi kemakmuran negara.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, jika rakyat memilih untuk mewujudkan kestabilan, mengurangkan perpecahan dan memperkasakan perpaduan, ia akan membuahkan hasil yang positif.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan tetamu 
yang hadir pada Program Jelajah Sepakat@Komuniti/ Foto BERNAMA) 

"Jadi kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah cuba membaiki perkara itu, kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri juga mengadakan pindaan supaya tidak ada lagi lompat melompat (parti), kita juga kembalikan kuasa kepada rakyat dan sebagainya, jadi ini usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk nak menjamin kestabilan masa akan datang, jadi kita harap PRU ini, PRU akan membawa kepada kestabilan dan kesejahteraan," kata beliau ketika ditemui selepas Program Jelajah Sepakat@Komuniti di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, di sini malam tadi.

Sebagai kerajaan ‘caretaker’, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan pilihan raya umum akan datang, dapat dilaksanakan dengan penuh keharmonian dan mengikut landasan undang-undang.

Media Baharu