fb fb fb fb fb

PRU15: Lebih 3,000 anggota polis Kedah ditugaskan

ALOR SETAR, 12 Oktober- Lebih 3,500 daripada 5,139 anggota polis Kontinjen Kedah bakal ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata keseluruhan keanggotaan itu bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan dengan lancar.


(Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad)

Selain itu, polis Kedah juga akan memohon 1000 bantuan keanggotaan daripada Bukit Aman serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL), sukarelawan polis dan agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) .

"Kita ada kekuatan 5139, kita tidak pakai semua, yang kita boleh pakai 300 lebih tapi kita juga ada elemen elemen lain juga bantuan kita minta bantuan pihak Bukit Aman lebih seribu dan juga bantuan bantuan RELA pun terlibat Sukarelawan Polis pun ada, pihak pihak PULAPOL pusat latihan juga", katanya

Katanya, keseluruhan anggota itu kelak melibatkan lebih 6,000 anggota.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Dataran Kawad IPK Kedah.

Pelbagai jenis dadah antaranya syabu, heroin dan ketum yang bernilai lebih RM1 juta akan dimusnahkan esok oleh syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar.

Media Baharu