fb fb fb fb fb

Pemindahan orang ramai dari kawasan berisiko banjir dilaksanakan lebih awal

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Tindakan pemindahan orang ramai dari kawasan berisiko banjir di sekitar Wilayah Persekutuan, akan dilaksanakan dua hari sebelum berlakunya banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata pendekatan proaktif itu membantu mengelakkan sebarang kemungkinan seperti kemalangan atau kematian.


(Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim)

Beliau berkata tindakan tersebut dilakukan agar dapat meminimumkan penggunaan aset terutamanya bot dan kenderaan berat semasa proses perpindahan dijalankan.

"Apabila banjir surut, kita akan benarkan mereka (mangsa banjir) berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan supaya rumah yang mereka balik itu telah dicuci dan selamat diduduki", katanya dalam rakaman video mengenai kesiapsiagaan jawatankuasa itu dalam menghadapi banjir di Wilayah Persekutuan.

"Semua sekali pusat perpindahan di Wilayah Persekutuan ini dibuat bilik air baharu sebagai tambahan kepada bilik air yang sedia ada", katanya.

Tambah beliau, kemudahan di pusat pemindahan sementara akan dipastikan bagi keselesaan penduduk terjejas banjir.

Media Baharu