fb fb fb fb fb

Hargai sumbangan pekerja, kukuhkan integriti - Fahmi

FOTO FACEBOOK Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Golongan pekerja adalah teras kepada kemajuan dan kestabilan negara tanpa mengira sektor awam atau swasta, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sempena Hari Pekerja 2025.

Beliau menerusi hantaran Facebooknya berkata setiap sumbangan pekerja bukan sahaja menyara keluarga, tetapi turut memberi impak besar kepada kemakmuran masyarakat dan kestabilan negara.

"Setiap titik peluh yang dicurahkan bukan sahaja menyara keluarga, tetapi turut menyumbang kepada kemakmuran masyarakat dan kestabilan negara," katanya.

Datuk Fahmi juga menekankan pentingnya memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja, selain memupuk budaya kerja yang produktif, amanah dan berintegriti.

"Pekerja Kesuma Bangsa," kata beliau mengakhiri ucapannya.

SITI AISHAH MD ISA