fb fb fb fb fb

PRU15: Aduan rasuah, salah guna kuasa, SPRM sedia bilik gerakan di setiap negeri

NILAI, 12 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyediakan bilik gerakan di setiap negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali bilik gerakan tersebut bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang berlangsungnya PRU15.

Pihaknya juga telah bersiap-siaga dan akan bekerjasama dengan SPR serta PDRM.


(Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali)

"Jadi kalau ada apa-apa perkara yang melibatkan isu-isu rasuah berkaitan dengan pilihanraya ni maka kita akan mengkordinasikan tindakan-tindakan ini bersama dengan agensi yang berkaitan iaitu bersama dengan SPR dan juga denga PDRM itu bergantung kepada keadaan.

"Pihak kami sendiri memang telah bersedia dan kita telah gerakkan walaupun kita belum tahu bila tarikh penaman calon dan pilihanraya tu tapi kita telah bersedia", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2022 di Nilai.

 

Media Baharu