fb fb fb fb fb

MDW 2022, rangsang perkongsian idea, kerjasama pemain industri

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Usaha mempercepat pertumbuhan ekonomi digital negara diperkasa melalui Minggu Digital Malaysia (MDW 2022).

Selain mempamerkan kekuatan Malaysia dalam sektor berkenaan, ia berupaya merangsang perkongsian idea dan kerjasama dengan pemain industri. Malah aspirasi di bawah Malaysia Digital itu juga mampu menarik pelaburan asing dengan negara memainkan peranan utama dalam revolusi digital global.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad Mentek, ini merupakan sebahagian hasrat merealisasikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN 2025.


(Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, 
Datuk Seri Mohamad Mentek)

"MDEC bekerjasama dengan gergasi teknologi, Huawei akan melancarkan kertas kerja bertajuk “Malaysia: Ke Arah Menjadi Modal Digital ASEAN”. Kertas kerja ini telah mengenal pasti kekuatan dan peluang utama Malaysia di dalam dan di seluruh rantau ini. Ia juga menggariskan blok pembinaan untuk Malaysia mencapai visinya untuk menjadi kuasa serantau dalam ekonomi digital.

"Saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa pandangan mereka akan membantu memperkukuh cadangan nilai unik Malaysia kepada semua pihak berkepentingan", katanya.

Beliau berucap sebelum merasmikan MDW 2022 di ibu negara.

Acara yang berlangsung bermula semalam hingga Jumaat ini menampilkan pelbagai pemain utama industri dan pakar teknologi digital terkemuka.

Media Baharu