fb fb fb fb fb

Sultan Kelantan perkenan bubar Dewan Negeri 22 Jun ini

(Sultan Muhammad V)

KOTA BHARU, 14 Jun- Kerajaan negeri Kelantan akan membubarkan Dewan Negeri pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu sudah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
 
"Oleh yang demikian, Sultan Muhammad V dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal 2, Perkara 46, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Negeri Kelantan pada Khamis bersamaan 3 Zulhijjah 1444 Hijriah iaitu pada 22 Jun ini," katanya dalam sidang media di sini.
 
Pihaknya akan menghantar notis pembubaran itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

Ahmad Yakob berkata, ia kini terpulang kepada SPR dan notis berkenaan akan dihantar secepat mungkin.

Kelantan merupakan antara enam negeri yang akan mengadakan PRU DUN termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

(Ahmad Yakob (tengah) dalam sidang media mengumumkan Kelantan akan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Jun ini)

Media Baharu