fb fb fb fb fb

PRU DUN Sabah : Polis Sarawak sedia bantu Polis Sabah

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah

KUCHING, 10 Oktober - Polis Sarawak bersedia menghulurkan bantuan kepada kontinjen Sabah bagi memastikan kelancaran proses demokrasi sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bantuan akan disalurkan mengikut keperluan, khususnya sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

“Sebagai kontinjen paling hampir dengan Sabah, menjadi tanggungjawab Polis Sarawak untuk menyalurkan bantuan sumber manusia dan logistik apabila diperlukan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan jumlah anggota yang akan digerakkan masih belum ditentukan, namun Polis Sarawak bersedia menempatkan kekuatan mengikut penilaian semasa.

Datuk Mohamad Zainal berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching, pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Polis, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan seramai 9,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan perjalanan PRN Sabah berjalan lancar dan aman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE