KOTA KINABALU, 14 November - Sebanyak 3,334 borang penamaan calon telah terjual di seluruh Sabah setakat Khamis, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17, pada Sabtu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), angka itu menggambarkan persiapan giat semua parti dan calon dalam menghadapi pilihan raya kali ini.
"Daripada jumlah itu, Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Sabah mencatat pembelian tertinggi iaitu 2,414 set manakala Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) pula 920 set," menurut kenyataan itu.
SPR menetapkan hari penamaan calon pada 15 November.
Pengundian awal pula pada 25 November manakala hari pengundian PRU DUN Sabah pada 29 November 2025.
Sebanyak 25 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negeri itu.