fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Persiapan mengundi awal di Kulim berjalan lancar

(Petugas SPR membuat persiapan menjelang hari mengundi awal)

KULIM, 7 Ogos- Seramai 497 pemilih menjadi kumpulan pertama membabitkan aggota polis dan pasangan akan mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, esok.

Menurut Penolong Pegawai Pengurus Undi Awal N.35 Kulim, Hasniza Mohd Hashim, segala persiapan rapi sedang dilakukan supaya proses undi awal berjalan lancar.

"Di N.35 Kulim, kita ada tiga saluran, jadi persiapan kita kita di tempat ini satu di IPD Kulim dan satu lagi di Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim. Untuk hari ini kita ada di IPD Kulim yang mana hari ini untuk semakan peti undi kita dah selesai dan tunggu untuk esok dan di IPD Kulim ini kita ada satu saluran melibatkan 497 pengundi.

"Jadi kita harap esok semua orang keluar mengundi dan juga berharap berjalan lancar pengurusan kita pada hari esok,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kulim, Kedah.

DUN Kulim menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Teh Lean Ong dan calon Perikatan Nasional (PN) Wong Chian Zhen.


(Petugas SPR membuat persiapan menjelang hari mengundi awal)

Media Baharu