JOHOR BAHRU, 6 Februari - Menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersedia dari segi keselamatan, terutama premis yang akan digunakan sebagai tempat penamaan calon, pusat pengundian awal dan penjumlahan undi nanti.
Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis memaklumkan, tumpuan diberi dari aspek laluan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.
Persediaan akan dimulakan sebaik sahaja pengumuman dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya nanti.
"Jabatan Bomba juga telah diarah membuat rondaan dekat pos-pos panas. Kita bimbang ada perkara tak diingini, jadi bomba akan buat rondaan untuk pastikan tak ada unsur-unsur kebakaran dikawasan pos panas", katanya.
Beliau juga memaklumkan, hanya 20% daripada keseluruhan anggota dibenarkan mengambil cuti tahunan, sepanjang PRU DUN Johor.
Manakala, anggota yang bertugas di luar kawasan mengundi, akan diarahkan membuat undian secara pos.