fb fb fb fb fb

MyCEB tingkatkan ekonomi negara


KUALA LUMPUR, 6 Februari - Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menganjurkan 81 acara perniagaan yang bakal menarik kira-kira 113,700 perwakilan dan menyumbang RM834 juta kepada ekonomi tahun ini.

MYCEB berkata, pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pelawat antarabangsa khususnya berkaitan industri acara perniagaan akan membolehkan aktiviti ekonomi diperkasakan semula.

MyCEB dan industri acara perniagaan menyokong kenyataan Majlis Pemulihan Nasional (MPN) mengenai pembukaan sempadan negara bagi tujuan pemulihan ekonomi termasuk perdagangan, industri, pelaburan dan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata, kebenaran perwakilan antarabangsa menghadiri aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja memanfaatkan penganjur tetapi juga industri dan negara.

"Inisiatif-inisiatif awal kerajaan seperti Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Singapura-Malaysia (VTL) membuktikan bahawa negara boleh bergerak ke arah pembukaan semula secara terkawal," kata Abdul Khani dalam satu kenyataan.

 

Media Baharu