KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan saranan supaya warga emas tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor.
Kementerian itu dalam kenyataannya berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu seperti tersebar di media sosial.
"KKM tidak pernah mengeluarkan saranan kesihatan PRU DUN Johor seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.
"Orang ramai diharap tidak menyebarkan maklumat palsu ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tangkap layar menggunakan jata Malaysia dan nama KKM tersebar di aplikasi media sosial, berhubung individu berusia 60 tahun dan ke atas disarankan supaya tidak keluar mengundi bagi mencegah penyebaran COVID-19 dalam kalangan warga emas.