PUTRAJAYA, 7 Februari - Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri, PRU DUN Johor boleh diteruskan kerana jangkitan varian Omicron COVID-19 terbukti hanya menyebabkan gejala ringan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, syor bagi SOP PRU itu telah dimuktamadkan dan telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SOP PRU DUN Johor itu bakal diumumkan tidak lama lagi.
"Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron, setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti varian Delta maka pilihan raya negeri boleh diteruskan", katanya.
SPR dijangka bermesyuarat dan mengumumkan tarikh PRU DUN Johor Rabu ini.