PUTRAJAYA, 7 Februari - Bagi mengawal penularan mendadak varian Omicron, majikan digalak meneruskan dasar bekerja dari rumah bagi pekerja mereka atau melaksanakan sistem penggiliran bekerja.
Majikan juga, disaran membantu pekerja yang bergejala membuat ujian swab dengan menyediakan kit ujian dan pelitup muka berkualiti tinggi.
"Kita juga rayu majikan dapatkan insentif untuk mengubah suai sistem pengudaraan di tempat kerja yang disediakan oleh kementerian kewangan", katanya.
Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menyarankan supaya orang ramai mengaktifkan “MySejahtera Trace” di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak rapat.
Khairy turut memberi peringatan kepada pemilik premis, untuk meningkatkan kawalan kemasukan pelanggan dengan menyemak status risiko dan vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera pelanggan.